Tuesday, May 3, 2011

Soal Jawab Remeh Temeh Ttg Haji Tapi Anda Malu Bertanya


Penulis : Zahazan Mohamed & Mohammad Nidzam
Kod Buku : TBBK1137
Kod ISBN : 978-967-5102-69-1
Harga : RM20.00


KLIK DISINI untuk membeli


Ulasan

Buku SOAL JAWAB REMEH_TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA...ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah.

KELEBIHAN BUKU INI : 
  • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. 
  • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
  • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
  • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
  • Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.

Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa


Penulis        :  Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Rohidzir Rais
Kod Katalog :  TBBK 1092
Kos ISBN     :  978-967-5102-23-3
HARGA        :  RM 12.00
KLIK DISINI untuk membeli


SINOPSIS 

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

  • KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
  • KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran. 
  • KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia. 
  • ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.



Dapur Xpress


Penulis:  Kamarul Hasni Che Ros
Kod Katalog: TBBK1124
Kos ISBN: 978-967-5102-54-7
HARGA:  RM35.00
KLIK DISINI untuk membeli


Sinopsis 

• 50 RESIPI popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat.
• Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya anda dengan kaedah penyediaan yang mudah dan teknik yang cepat.
• Gambar berwarna untuk setiap masakan menjadi inspirasi kepada anda sekeluarga dalam pemilihan menu anda.
• Petua dan info dalam penyediaan makanan yang lebih berkesan.
• Memberi panduan yang mudah tentang kaedah membeli bahan mentah, keperluan asas di dapur, teknik penyediaan bahan mentah dan teknik penyediaan semasa memasak.
• Inilah pembantu dapur yang anda perlukan untuk masakan yang on-time untuk dinikmati anda sekeluarga.

Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul


Penulis : Chef Kamarul
Kod Buku : TBBK1171
Kod ISBN : 978-967-5102-97-4
Harga : RM30.00


KLIK DISINI untuk membeli


Sinopsis

Ayam Boxing, Cheesy Twist, Guli-Guli Gembira, Queen Pudding, X-ray Vanilla Shake dan banyak lagi resipi yang boleh anda cuba. Jadikan pengalaman pertama anak-anak di dapur dalam suasana yang menyeronokkan seperti "main masak-masak"!. Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan mengunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip ringkas sebagai panduan.
Miliki sebuah buku ini sekarang! - Cubalah resipi-resipi di dalam. Sehari satu resipi...

Dunia Masakan Chef Sabri


Penulis        :  Chef Ahmad Sabri Abu Hassan
Kod Katalog :  TBBK 1095
Kos ISBN     :  978-967-5102-25-7
HARGA        :  RM 40.00
KLIK DISINI untuk membeli


 Sinopsis

Chef Sabri menggunakan pengalaman beliau sebagai Master Chef untuk menghasilkan himpunan resipi pilihan yang pasti menjadi. Lengkap dengan tip, amalan dan cadangan yang harus kita amalkan ketika di dapur. Bukan itu sahaja, malah anda akan dikejutkan dengan pengalaman dalam dunia chef. Sila lihat di dalam untuk lebih banyak kejutan... Jom kita memasak sendiri untuk mendapatkan yang HALAL dan BERSIH 100%. Makanan bersih membentuk jiwa dan minda yang HEBAT lagi BERKAT.

Koleksi Jom Solat


Tajuk : Koleksi Jom Solat, Ustaz Zamri
Harga : RM200.00
Terbitan & Edaran : Telaga Biru Sdn. Bhd.


KLIK DISINI untuk membeli


Sinopsis

VCD "Jom Solat Bersama Ustaz Zamri " ini adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu dan sempurna ibadatnya bermula dari usia kanak-kanak lagi. Di samping itu, VCD ini juga dihasilkan agar dapat membantu pembentukkan kanak-kanak yang beriman, berketerampilan, beramal saleh al-Quran dan as-Sunnah. Solat ialah tiang agama. Kebajikan yang dilakukan tidak bermakna jika solat tidak didirikan. Justeru, VCD ini menerapkan kepentigan solat dengan sempurna.  

Jus Amma - Imam Mohd Mahmud


Tajuk : Jus Amma - Imam Mohd Mahmud
No.Kod : TBCD0268
Harga : RM13.50
Terbitan & Edaran : Telaga Biru Sdn Bhd


KLIK DISINI untuk membeli


Sinopsis

Abu Musa al - Asyaari r.a berkata ; Rasulullah s.a.w bersabda “ Perumpamaan orang mukmin yang membaca al - Quran bagaikan limau, baunya harum dan rasanya lazat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al - Quran bagaikan kurma, tiada baunya tetapi lazat rasanya. Perumpamaan orang munafik yang membaca al - Quran bagaikan bunga yang berbau harum, tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al - Quran umpama handzal(jadam) yang tidak berbau dan rasanya pula pahit.” (HR al – Bukhari & Muslim)