Kelebihan Kad Keahlian, Penerangan Takaful Insuran & Khairat Kematian


KELEBIHAN KAD KEAHLIAN

Ahli layak menerima faedah-faedah Takaful Kemalangan Peribadi Kumpulan Ikhlas. Kesemua ditanggung oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Faedah-faedah Takaful Ikhlas
  • Kematian disebabkan kemalangan RM30,000.00
  • Kecacatan Kekal yang disebabkan Kemalangan RM30,000.00
  • Khairat Kematian akibat Daripada Kemalangan RM3,000.00
  • Kos Perubatan yang disebabkan oleh kemalangan Dengan pembayaran maksimum sehingga RM3,000.00
*Kad Ahli ini hanya untuk tempoh (1 Tahun) dari tarikh pendaftaran.
Kepada ahli yang ingin menuntut insurans perlu merujuk kepada pihak Stormreaders Network Sdn Bhd terlebih dahulu.Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Dokumen yang diperlukan takaful untuk kemalangan yang tidak melibatkan kematian:
  • Laporan Perubatan (Original)
  • Bil Bil Hospital (Original)
  • Discaj Note (Original)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan kad Keahlian
  • Polis Repot (Jika Ada)
Tambahan dokumen jika kemalangan melibatkan kematian:
  • Borang Tuntutan Insuran Kemalangan Diri
  • Salinan Sijil Kematian
  • Salinan IC Simati dan Pewaris
  • Salina Permit Pengebumian
  • Salinan Polis Repot (Jika Ada)
Bagi ahli yang ingin membuat tuntutan insuran kemalangan diri,ahli tersebut perlu menyerahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak Stormreaders dalam tempoh 2 minggu .

Tempoh proses untuk mendapatkan insurans
Sekiranyer maklumat yang diberikan lengkap untuk proses tuntutan insurans tempoh yang diambil 1-2 minggu .
Ahli Yang memberi maklumat tidak lengkap selepas tempoh untuk mendapatkan tuntutan insurans tersebut akan dilewatkan sehingga 1 bulan.
*Tuntutan Takaful Ikhlas sehingga Umur 60 Tahun Sahaja
P/s:kepada ahli yang bekerja sebagai POLIS,TENTERA atau sebarang pekerja berunifom perlu membuat pertukaran penama insurans.