Tuesday, May 3, 2011

Remaja Berselawat - Dean Alarmme & Kashfy


Tajuk : Remaja Berselawat - Dean Alarmme & Kashfy
No. Kod : TBCD0327
Harga : RM19.90
Terbitan & Edaran : Telaga Biru Sdn. Bhd.


KLIK DISINI untuk membeli


Sinopsis

Sesungguhnya, dunia kini sudah terlalu tua dan semakin 'Panas' tercabar dengan pelbagai jenis wabak penyakit, mehnah dan dugaan. Manusia juga begitu mudah kehilangan nyawa dan maruah diri. Jiwa manusia sentiasa diselubungi ketakutan dan penderitaan , lantaran sikap mereka sendiri yang pentingkan diri sendiri, serta sudah terhakis sifat kehambaan dan kemanusiaan. Jika hubungan  dengan pencipta sudah jauh, sunnah junjungan mulia sudah terpinggir, maka tiada jaminan lagi bagi manusia untuk mendapat keredaan, keselamatan dan ketenangan di dunia mahupun di akhirat.

Justeru dengan memperbanyakkan selawat Rasulullah, InsyaAllah jiwa kita akan terisi dengan ruh ibadah serta mendapat jaminan Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. kelak. Lebih banyak kita mengingati Rasulnya, maka lebih mendekat dan meningkat lagi ketaqwaan.
Semoga dengan terbitnya Album Remaja Berselawat ini, sedikit sebanyak dapat menyejuk dan mengembalikan semula keamanan kepada jiwa dan bumi kita. Selawat yang terdapat di dalam CD ini antaranya:-
  • Track 1  Selawat Interlude
  • Track 2  Hadith 1
  • Track 3  Selawat Kamaliyah
  • Track 4  Selawat Al Bihar
  • Track 5  Ayat Al-Quran
  • Track 6  Selawat Tafrijiyah
  • Track 7  Tazkirah 1: "Selawat ; Kenapa Tidak Kita'
  • Track 8  Selawat Tenteram Jiwa
  • Track 9  Selawat Sayyid Ahmad Al Badawi
  • Track 10 Hadith 2
  • Track 11 Selawat Sa'adah
  • Track 12 Selawat Isra' Wal Mi'raj
  • Track 13 Selawat Popular
  • Track 14 Tazkirah 2: Asbabun Nuzul
  • Track 15 Selawat Jibril

No comments:

Post a Comment