Monday, May 2, 2011

Menjadi Pemimpin Super


Penulis : Farid Poniman
Kod Buku : PTSB1018
Kod ISBN : 978-967-369-018-3
Harga : RM27.00


KLIK DISINI untuk membeli



PEMIMPIN adalah individu yang mempunyai kebolehan memimpin individu lain. - PEMIMPIN BERJAYA terlebih dahulu perlu berjaya memimpin diri sendiri sebelum berupaya memimpin individu lain.  PEMIMPIN SUPER adalah individu yang berkebolehan memimpin diri sendiri dan individu lain ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Rahsia kekuatan MENJADI PEMIMPIN SUPER diselidiki dengan mendalam melalui prinsip Kubik Leadership, bagi memastikan kita mampu menggunakannya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana, dunia yang kita hidup sekarang masih belum mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang kita hadapi. Ibarat ubat bius yang diberikan, ia hanya dapat menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. Buku ini menawarkan essential solution yang lebih mudah dan menyasarkan terus pada akar permasalahan serta menyembuhkan penyakitnya. Kubik Leadership berkongsi rahsia alam dan kehidupan, dalam bentuk rumusan yang mudah. Apabila kita mempraktikkan langkah demi langkah, kejayaan dan kecemerlangan hidup dapat dimiliki! Prinsip ini juga memberi pencerahan baru dengan:– Menerangkan tugas kita sebagai Gardu EPOS – Prinsip To Be, To Have dan Valensi dalam diri kita.
  Menggabungkan Prinsip Tuhan, Prinsip Alam dan Prinsip Manusia. "Buku ini melengkapkan perjalanan hidup kita. Apabila membaca buku ini, saya yakin pengetahuan kepimpinan dapat membantu kita memainkan peranan sebagai khalifah di dunia ini dengan lebih baik. Iskandar Zulkarnain, Pesuruhjaya Bank Muamalat Indonesia "Pemimpin dilahirkan dan dibentuk. Mereka tampil sebagai pemimpin melalui berkat usaha, tahap pendidikan, proses pembelajaran, dan bakat kurniaan Tuhan. Buku Menjadi Pemimpin Super perlu dibaca oleh semua, terutama bakal pemimpin dan mereka yang sudah menjadi pemimpin." Parni Hadi, Pengarah Utama Radio Republik Indonesia

No comments:

Post a Comment